Blogger Templates

Thursday, June 14, 2012

generasi seterusnya...~


bISMILLAllAH...
Kisah seterusnya fasal hasil kraf saya...

saya semakin mula belajar memperbanyakkan karekter 

serta menghalusi seni jahitan saya. ^_^



kucing hitam ini di buat di dalam kereta. 

waktu itu hendak melawat adik2 di asrama..^_^

dan wonderful round ini pula saja2 dibuat 

sebagai latihan mata dalam melakukan kombinasi warna..=p





Patrik si bintang ikan..hot stuff..!





biskut chips , gebu...rasa seperti hendak memakannya...

& Monster cute (cute ke?? haha. si juling..=p)




scary monster

telor masin goreng kot...heheh




papa ku pulang dari kota..

papa ku belikan kereta...lalala...^_^

ha! suruh lah papa korang belikan korang kereta ni..wink2..**)




idea utk cipta spider web tu di ilhamkan masa sedang drive,

on the way balik dari kerja..

nampak kat baju seorang penunggang motosikal..

(actually pic kat baju tu mmg x  sma langsung.

just ada kerawang2 apa ntah, akhirnya terciptalah ini)


Epal tu pulak, idea dan design dari emak saya

yang sentiasa menyokong saya dalam bidang kraf felt ni..

(emak saya seorang yang kreatif tau..

mungkin darah seni ini diambil sikit dari emak barangkali...=p )




ok lah..nanti ada masa sambung lagi..

minggu ni saya sangat sibuk di tempat kerja...

ada stock count..huhu...

Wednesday, June 6, 2012

KUMBANG_ARTSTUDIO

KUMBANG_ARTSTUDIO...

Nama ini saya cipta sejak zaman sekolah lagi. 

Namun nama ini betul-betul tercetus sewaktu saya di zaman kolej,

semesta kedua (kalau tidak silap..) 

Asalnya nama ini saya cipta untuk saya tulis sebagai 'trandmark' di bawah setiap lukisan yang saya lukis. 

(waktu itu memang gila melukis dan menulis..walaupun lukisan entah apa-apa entah =p) 

Hinggalah tercetusnya idea untuk jahit-menjahit ini pada akhir september 2011. 

Bagi mencipta identiti untuk aktiviti jahit-menjahit ini, saya gunakanlah nama KUMBANG_ARTSTUDIO... 

Hingga kini ada lah beberapa produk yang telah terhasil.. 

Ada yang cipta sendiri, ada juga produk yang mengikut permintaan pelanggan... 

jom cuci mata..=)


Ini adalah percubaan pertama saya  : 


 Keychain pun tak ada lagi. hanya ada benang putih, pink dan hijau muda. Dan sekarang baju ini pun dah tak ada lagi. Tak tahu tercicir di mana..hehe

Kemudian percubaan diteruskan dengan melayan permintaan adik-adik saya :

 yang atas itu peha ayam (walaupun tak nampak seperti peha ayam bukan? huhu) manakala yang bawah itu pula botol susu.. ^_^

Dan kemudian saya belajar sedikit demi sedikit untuk mencipta bentuk-bentuk dan watak yang menarik...


bantal love dan bantal smile
pin smile dan pin bentuk daun
teddy bear

teddy bear ini adalah tempahan pertama dari pelanggan saya. 

(walaupun pelanggan itu adalah adik saya sendiri ^_^) 

Saya charge dia seekor RM2 dan boleh bayar ansur. 

Sengaja mahu dia belajar berusaha untuk dapatkan sesuatu ;)

Ehm..rasanya ini dahulu saya kongsikan. Nanti ada masa, saya update produk saya generasi seterusnya..OK? hehe